Kadazandusun Cultural Association Klang Valley

Kebudayaan Asas Keamanan & Persahabatan

Syarat-syarat Penyertaan Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2015

 

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada gadis kaum Kadazandusun / Murut atau kacukan Kadazandusun/Murut berasal dari Sabah dan Warganegara Malaysia, Bumiputra. Mestilah seorang ahli KDCA Klang Valley.
  2. Peserta diwajibkan berbahasa ibunda sewaktu pengenalan diri pada pertandingan akhir pada hari pertandingan, (Tarikh TBA)
  3. Peserta hendaklah masih bujang, berumur di antara 18 hingga 25 tahun pada 1 January 2015 iaitu dilahirkan pada atau selepas 1 January 1990 dan pada atau sebelum 31 Disember 1997. 
  4. Penuntut sekolah dilarang menyertai kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah;
  5. Tidak pernah terlibat dalam mana-mana kegiatan gejala sosial;
  6. Tidak pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Klang Valley;
  7. Pakaian, solekan, dandanan dan perhiasan semasa hari pertandingan  (tarikh TBA)hendaklah ditanggung oleh peserta;
  8. Tarikh tutup 1 Mei, 2015 jam 12.00 malam.
  9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  10. Semua tarik-tarikh yang disebutkan di atas adalah jangkaan sahaja, tarikh yang sah akan dimaklumkan kelak.

Nota: Keahlian KDCA Klang Valley boleh dipohon pada hari pendaftaran. Yuran amat minimum ($15 untuk 5 tahun pertama. Pembaharuan cuma $1 setahun).

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui email atau secara on-line di http://kdcakv.webs.com atau email ke kdcakv@gmail.comdengan tajuk email: UG 2015: (Nama anda). 

Borang penyertaan yang diterima  selepas  1 Mei 2015 jam 12 t/malam tidak akan dilayan.

Kepada semua peserta Unduk Ngadau Klang Valley 2015, kami ucapkan selamat Berjaya. 

Urusetia Kaamatan 
KDCA KLANG VALLEY

Atau berhubung langsung dengan :

  • Cynderella Udar  019-3880309
  • George Mani 012-660 5450
  • Jainetha Stephen 016-2177792 
  • atau Setiausaha 012-2159175. 

 

E-Borang Penyertaan Unduk Ngadau Klang Valley

E-BORANG INI BOLEH DI 'COPY' DAN 'PASTE' KE EMAIL ANDA, DAN HANTARKAN MELALUI EMAIL KEPADA kdcakv@gmail.com 

E-BORANG UNDUK NGADAU KLANG VALLEY 2015

A. Butiran Peribadi Peserta

1. Nama (seperti dalam kad pengenalan):                                                                                      
2. Nama yang ingin dikenali:                                                                                          
3. Tarikh Lahir (1 Januari 1990 – 31 Disember 1997):
4. Umur:
5. No. K/P Baru:    
6. Suku Kaum:
7. Agama: 
8. Tempat Lahir:                                                                                                             
9. Ketinggian:                                          
10. Berat:                                                             
11. Kelulusan Akademik Tertinggi:                                                                                              
12. Pekerjaan:
13. No. Tel.: 
14. Alamat Surat-Menyurat:
15. Hobi:
16. Cita-Cita:                                                      
17. Daerah asal:
18. Pakaian Tradisi yang akan dipakai oleh anda:

AM
19. Tempat-tempat tarikan pelancong di Kawasan anda:
i)
ii)
iii)
20. Sumber ekonomi dan latarbelakang umum penduduk asal di kawasan anda:
21. Apakah bakat anda? (contoh: menyanyi - rentak lagu/menari - jenis tarian/bermain alat-alat muzik –  jenis alat apa dan sebagainya).
22. Apakah matlamat hidup anda?:                                                                                                        
23. Fasih bertutur dalam bahasa:

B.     Pengesahan Keizinan Ibu/Bapa/Penjaga*

Nama ibu/bapa/penjaga:

Saya (ibu/bapa/panjaga)  ______________________________________ibu/bapa/penjaga* Kepada Cik (nama anda)________________________________ dengan ini mengizinkannya untuk menyertai Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2015.

Tarikh: 

*Penghantaran e-borang ini akan menganggap bahawa ibubapa/penjaga peserta sudah bersetuju dan memberi keizinan kepada anak mereka untuk menyertai Unduk Ngadau kaamatan Klang Valley 2015. 


AKUJANJI PESERTA UNDUK NGADAU KLANG VALLEY 2015 

1. Saya berjanji akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2015, bersempena dengan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Klang Valley 2015 dengan tertib, berniat murni dan bertanggungjawab;
2. Bahawa, sekiranya saya terpilih menyandang gelaran Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2015 dan telah terlibat/melibatkan diri dalam pecah amanah, bankrapsi, dikenakan tindakan mahkamah, kesalahan di khalayak ramai atau apa sekali pun tingkah laku yang menjejaskan imej saya sebagai penyandang atau menjejaskan imej penganjur Unduk Ngadau Kaamatan 2015, Masyarakat Kadazandusun, KDCA dan Kerajaan Negeri, maka saya hendaklah mengundur diri sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2013 dan menyerahkan kembali mahkota saya kepada pihak penganjur untuk membolehkan mereka memahkotakan penyandang seterusnya.
3. Saya akan mengambil bahagian dalam aktiviti amal dan kebudayaan bersesuaian dengan objektif KDCA dan Kerajaan Negeri, yang telah dirancang untuk Unduk Ngadau Kaamatan 2015 dengan penuh tanggungjawab.
4. Saya bersetuju untuk mendapat izin secara bertulis daripada KDCA sebelum terlibat dalam kegiatan pengiklanan produk (product endorsement) atau mana-mana persembahan umum (public appearance) selama 1 (satu) tahun bermula dari tarikh menyandang gelaran;
6. Saya akan menerima keputusan panel hakim sebagai muktamad;
7. Saya mengaku bahawa semua keterangan dalam dokumen ini adalah benar.

* Penyerahan E-Borang ini secara otomatik akan menganggap bahawa peserta setuju dengan akujanji ini. 

 

Share on facebook

Share on Facebook

Send to a friend

Recent Blog Entries

No recent entries